MENGENAI D-MEDIA
PENGENALAN
Sistem D-Media merupakan hab informasi pengurusan Media meliputi Nota Kepada Pengarang, Siaran Media, Lokasi Pusat Media dan Kenyataan Media oleh Kementerian,Jabatan, atau Agensi kerajaan termasuk Negeri secara terpusat, komprehensif dan efektif.
Ini merupakan satu perkhidmatan kemudahan penyampaian maklumat yang ditawarkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia bagi menyelaras pengurusan media seluruh Malaysia.
SEJARAH SISTEM D-MEDIA
Jabatan Penerangan Malaysia telah membangunkan Sistem D-Media bagi menggantikan Sistem E-Press yang telah diwujudkan sejak tahun 2008. Sistem e-press telah melalui fasa penaiktarafan sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2013 dan 2015. Bagi memastikan sistem e-press ini terkini dan lebih interaktif, penambahbaikan sistem telah dibangunkan pada tahun 2022 yang meliputi aspek interface yang lebih mesra pengguna dan keselamatan sistem yang lebih terjamin.
PENAMBAHBAIKAN SISTEM D-MEDIA
Reka bentuk aplikasi dan seni bina teknikal Sistem D-Media akan menjamin integriti maklumat dan keselamatan capaian
Reka bentuk aplikasi Sistem D-Media lebih mesra pengguna